Ads 468x60px

Thursday 19 January 2012

Peperiksaan Bertulis Penguasa Kastam WK1-1 - Panduan Untuk Lulus


Baru-baru ini ramai yang terima surat panggilan untuk peperiksaan Penguasa Kastam pada 4 Februari 2012 nanti. Ada yang bertanya mengenai jawatan Penguasa Kastam dengan skim gred baru WK1-1. Ianya adalah jawatan yang harus melalui peperiksaan penilaian yang sama seperti Pegawai Tadbir Diplomatik dan lain iaitu 3 tahap;
  1. Peperiksaan bertulis
  2. Assessment center
  3. Temuduga
Tiada ambilan terus melalui temuduga. Harus melalui semua peringkat penilaian. Antara tugas-tugas seorang penguasa Kastam ialah (daripada edaran rasmi SPA);
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan
Bagaimana pula dengan persediaan untuk peperiksaan Penguasa Kastam ini? Persediaan yang sama seperti peperiksaan bertulis yang lain dengan format yang tidak jauh bezanya. Ianya merangkumi;
  • Pengetahuan Am
  • Daya menyelesaikan masalah
  • Esei Bahasa Melayu
  • Esei Bahasa Inggeris
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mula menghantar surat panggilan untuk menduduki Peperiksaan Penguasa Kastam pada 4 Februari 2012 ini kepada calon-calon yang layak.

Adakah anda salah seorang yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan Penguasa Kastam ini?

Jika YA, adakah anda sudah bersiap sedia? Sebuah Panduan Lengkap Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 telah berada di pasaran untuk membantu anda lulus.


“Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis
Penguasa Kastam WK1-1”

No comments:

Post a Comment